AsSaufee dan beberapa artis lain akan membuat persembahan di KUIS pada 16/1/10 Untuk Mengutip Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah

Petikan daripada Harian Metro 8/1/2010 - Assaufee mahu lebih aktif

Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my




Tingkat promosi album ketiga untuk lebih dikenali peminat

MUNGKIN nama Assaufee tidak popular seperti kumpulan nasyid Rabbani, Raihan mahupun Hijjaz, tetapi itu tidak bermaksud mereka tidak hebat atau tidak diminati ramai.

Pernah menjuarai carta Nasyid Minggu Ini (NMI) menerusi lagu Rindu Kekasih selama 11 minggu berturut-turut mengatasi pencapaian lagu Al-Jannah nyanyian Mawi, kumpulan ini dilihat lebih gemar bergerak secara 'senyap' tanpa pendedahan media.

Bukan tidak mahu atau sengaja menjarakkan diri dari media, cuma anggota Assaufee ketika itu lebih tertumpu pada kerjaya tetap dan hanya memperjuangkan irama nasyid mereka apabila mempunyai kelapangan masa. Malah, ada anggotanya menetap di luar Kuala Lumpur menyebabkan arus perjalanan seni Assaufee agak perlahan berbanding kumpulan nasyid lain. Menyedari perjuangan mereka belum berakhir Assaufee yang ditubuhkan sejak 1999 itu dan dianggotai seramai lima orang iaitu Mohd Fakhrul Idzhan Mazlan, Hafiz Mahmood, Ahmad Radzuan Idris, Nazrul Azwan Ahmad Sabri dan Faizal Mohd Sapri ingin menembus kembali kesilapan masa lalu dengan bergiat lebih aktif. Tidak bermaksud melepaskan kerjaya tetap begitu saja semata-mata karier seni kerana ada yang bertugas sebagai pendidik dan pengurus, kali ini mereka komited untuk seimbangkan kedua-duanya agar semua berjalan lancar dan mengikut jadual dirancang. Ketika ditemui pada sesi fotografi Rap di Balai Berita, baru-baru ini beritahu Faizal, impian Assaufee untuk lebih dekat dengan media bukanlah disebabkan faktor 'populariti' semata-mata.

"Kami akui Assaufee tidak terkenal kerana kurang promosi dan masing-masing sibuk dengan komitmen kerjaya tetap. Selain itu, ada yang menetap di luar Kuala Lumpur menyebabkan proses promosi agak sukar sikit. "Dengan masa terhad, kami terpaksa melupakan impian mempopularkan Assaufee. Mungkin pendedahan media terhadap nama Assaufee agak tidak menyerlah berbanding kumpulan nasyid lain, tetapi bagi penggemar irama muzik nasyid, mereka mengenali dan mengetahui lagu-lagu kami.

"Malah, setiap bulan jadual Assaufee akan terisi dengan undangan persembahan dan ini secara jelas membuktikan peminat mengetahui kewujudan kami. Cuma, dulu kami tersilap atur kerana terlupa mendekatkan diri dengan media untuk tujuan promosi. "Bukan tidak suka, cuma seperti apa diperkatakan tadi yang kami agak sibuk hingga lupa tujuan promosi walhal ia perkara penting apabila menceburkan diri dalam industri hiburan tempatan.

"Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk seimbangkan kedua-duanya antara kerjaya tetap dan Assaufee. Kami juga berusaha merancang strategi terbaru berhubung dengan media bagi tujuan promosi. Sejajar dengan tahun baru, kami komited bekerja keras mempopularkan Assaufee. "Tanpa pertolongan media, sudah tentu perancangan ini tidak akan menjadi. Di sebabkan itu, ketika ini kami berusaha mencari mana-mana ruang untuk menjalin ikatan baik dengan media bagi tujuan promosi. "Tetapi, kami harap orang luar jangan salah faham pula. Tujuan kami mendekati media bukanlah kerana ingin kejar populariti. Assaufee tetap seperti dulu di mana matlamat utama kami menyebarkan dakwah Islam menerusi lagu dan muzik. Cuma, kami rasa sudah tiba masanya kami ke depan bersama kumpulan nasyid lain bagi meningkatkan kesedaran terhadap agama.

"Kalau dilihat ketika ini ramai remaja Islam mudah terikut-ikut kehidupan dunia barat. Jadi, kami rasa irama nasyid amat sesuai dijadikan sebagai panduan, nasihat dan peringatan akan kepentingan agama dalam kehidupan seseorang manusia," katanya. Sesi fotografi pada petang itu, bagaimanapun tidak dapat dihadiri dua anggotanya, Mohd Fakhrul dan Nazrul Azwan kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Mengenai perkembangan terkini, Assaufee kini sibuk dalam proses menerbitkan album ketiga mereka yang dijangka siap tahun ini. Selepas menerbitkan album pertama, Keinsafan pada 2001, album kedua, Rindu Kekasih (2007), Assaufee mengambil masa tiga tahun untuk melahirkan album ketiga. Menjanjikan kelainan, lagu yang bakal dimuatkan dalam album baru nanti akan melihat satu transformasi ketara berbanding sebelum ini. Mereka yang sebelum ini mengetengahkan nasyid klasik, kali ini menampilkan konsep pop-world muzik.

"Walaupun kami menukarkan konsep muzik, tetapi elemen tradisional atau asas nasyid masih ada. Tujuan kami, biarlah Assaufee diterima ramai dan bukan tertumpu di kawasan setempat saja. "Kami juga berharap perjuangan Assaufee memenuhi permintaan global, remaja masa kini dan disebabkan itulah kami membuat keputusan menukar konsep agar ia bersesuaian dengan kehendak semasa. Bagaimanapun, elemen tradisional atau asas nasyid masih kami tekankan. "Ketika ini, dua lagu sudah siap dirakam iaitu Gerbang Hidayah dan Sinar Yang Calar. Kami mengambil masa untuk lahirkan album ketiga kerana ingin menambahkan lagi kualiti lagu selain proses transformasi yang akan ditampilkan nanti," katanya.




petikan asal HMETRO      Untuk lihat lagi gambar semasa sesi fotografi, klik di SINI

Persembahan Sempena Tahun Baru Hijrah & Tahun 2010

Alhamdulillah, assaufee berkesempatan untuk sama-sama menjayakan konsert sempena tahun baru hijrah & tahun baru 2010 yang bertempat di padang Kg. Setia, Kundang (berdekatan dengan Tasik Biru).

Turut sama menjayakan konsert tersebut ialah kumpulan nasyid dari Rumah Kasih Sayang Tasik Puteri, bekas2 vokalis kumpulan rock seperti Afie dari Kumpulan Utophia, Ayie dari Kumpulan Leon dan vokalis kumpulan Meditasi. 
Persembahan bermula pada jam 9.30 malam dan kemuncaknya ialah menunggu detik 12.00 malam. Dan diserikan lagi dgn bedilan bunga api dan persembahan muzik tradisional kaum India.

Alhamdulillah, sambutan daripada penduduk berdekatan amat memuaskan, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis tersebut.

Untuk melihat gambar2 sekitar program klik di SINI

Recording lagu Nafas Terakhir 27 Dis 09

Recording lagu Nafas Terakhir telah berjaya dirakamkan di Quantize Studio, Kg. Pandan. Proses recording lagu mengambil masa yang agak lama juga iaitu bermula jam 12 malam dan berakhir pada pukul 6 pagi. Terima kasih kepada semua anggota AsSaufee, saudara Bob Nowseeheart dan sahabatnya yang menjaga mutu vokal kami, dan Saudara Ramzul (Penulis Lirik). Terima Kasih kepada semua yang terlibat.

AsSaufee & Nazrey Johani @ Kundang Jaya, Rawang (26/12/09)

SALAM UKHUWWAH.... Alhamdulillah, pada 26/12/09 AsSaufee & Nazrey Johani telah mengadakan persembahan di Surau Siddiqin, Taman Kundang Jaya sempena Program Jom Ke Surau yang dianjurkan oleh persatuan penduduk dan AJK Surau tersebut. Pelbagai aktiviti yang berlangsung di sana termasuk jualan pelbagai barang dan produk. Alhamdulillah, sambutan daripada para hadirin amat memuaskan.

AsSaufee, FarEast, Nazrey Johani & Rabbani @ Stadium Kajang (25 Dis 09)

SALAM UKHUWWAH.... Alhamdulillah, pada 25/12/09 AsSaufee, FarEast, Nazrey Johani & Rabbani telah mengadakan persembahan di Stadium Kajang sempena Karnival Jom Halal yang diadakan sepanjang 7 hari. Pelbagai aktiviti yang berlangsung di sana termasuk pelbagai barang dan produk halal boleh didapati di sana. Alhamdulillah, sambutan daripada para hadirin amat memuaskan. Untuk melihat gambar2 sekitar program klik di SINI

AsSaufee @ KISDAR Kuala Kangsar bersama Azhan Atan, Nusantara (AsSAufeeJunior) & Hijau

Alhamdulillah pada 17/12/09 AsSaufee, Azhan Atan, Nusantara (AsSAufeeJunior) & Hijau telah mengadakan persembahan di  KISDAR Kuala Kangsar sempena konsert AMAL yang dianjurkan oleh pihak KISDAR yang bertujuan untuk mengisi tabung amal kebajikan pihak KISDAR. Alhamdulillah, sambutan daripada para hadirin amat memuaskan. Untuk melihat gambar2 sekitar program klik di SINI

ASSAUFEE membantu mencari dana pembinaan Kompleks Pengajian Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau Sabah


PERSEMBAHAN ASSAUFEE SEMPENA DINNER DI KAJANG & SESI RAKAMAN BERSAMA NASYID.FM

ALHAMDULILLAH, ASSAUFEE TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN SEMPENA MASJLIS MAKAN MALAM  YANG BERTEMPAT DI DEWAN MPKj KAJANG PADA 14HB DIS 09.


PROGRAM BERMULA PADA JAM 8 MALAM DENGAN KEHADIRAN TETAMU-TETAMU JEMPUTAN DAN PIHAK PENGANJUR SERTA PENDUDUK SETEMPAT.


TETAMU DIHIBURKAN DENGAN PERSEMBAHAN NASYID SEBAGAI HIBURAN KETIKA MENJAMU SELERA. SEBANYAK ENAM BUAH LAGU TELAH DIPERSEMBAHKAN, ANTARANYA RINDU KEKASIH, KOTA MEKAH DAN LAGU-LAGU YANG TERBARU DARIPADA  ASSAUFEE YANG BAKAL DIMUATKAN DALAM ALBUM BERIKUTNYA.


TERNYATA PARA TETAMU YANG HADIR SANGAT BERPUAS HATI DENGAN PERSEMBAHAN ASSAUFEE  DAN TEPUKAN YANG GEMURUH DIBERIKAN KEPADA ASSAUFEE SEBAIK TAMAT PERSEMBAHAN PADA JAM 10 MALAM.


PADA JAM 10.30 MALAM, ASSAUFEE MENGUNDUR DIRI UNTUK SATU SESI RAKAMAN BERSAMA NASYID.FM.


RAKAMAN BERSAMA NASYID.FM ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMENUHI RANCANGAN BERSAMA ARTIS NASYID YANG DISIARKAN PADA SETIAP HARI KHAMIS. PELBAGAI SOALAN TELAH DIAJUKAN KEPADA ASSAUFEE BERKAITAN DENGAN ASAL USUL ASSAUFEE, BIODATA AHLI, AKTIVITI TERKINI, PENERIMAAN KELUARGA TERHADAP ASSAUFEE  DAN DI AKHIR RANCANGAN ASSAUFEE TELAH DIMINTA UNTUK MENYANYIKAN LAGU SECARA LIVE.


ALHAMDULILLAH SEGALANYA BERJALAN LANCAR. ASSAUFEE INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR PROGRAM MAKAN MALAM DAN PIHAK NASYID.FM YANG SUDI MENJEMPUT ASSAUFEE TERUTAMANYA DJ QAIYUM, DJ MOHAMAD DAN DJ FIRA ZAFIRA.


SEMOGA KEHADIRAN ASSAUFEE DAPAT MEMERIAHKAN LAGI INDUSTRI NASYID TANAH AIR DENGAN HIBURAN YANG BERMANFAAT DALAM USAHA MENDIDIK MASYARAKAT KE ARAH KEBAIKAN.


UNTUK MELIHAT GAMBAR PERSEMBAHAN ASSAUFEE SILA KLIK DI SINI

Program Hari Keluarga Kelab Jalinan Ukhuwwah IKIM.fm 5 & 6hb Dis 09


Salam Ukhuwwah Fillah...
Alhamdulillah, ASSAUFEE telah berkesempatan untuk bersama-sama menjayakan program hari keluarga sahabat2 ikim.fm yang bertempat di Bagan Lalang Beach Resorts yang berlangsung pada 5 & 6 hb Disember 09 yg lalu.. Pada kali ini, ASSAUFEE bertanggungjawab dalam penyediaan Sound System untuk program tersebut.

Alhamdulillah, sambutan daripada sahabat2 amat menggalakkan, di mana lebih 90 orang ahli telah menyertai program tersebut, dan sebanyak 6 kumpulan nasyid terlibat dalam program tersebut, antaranya ASSAUFEE sendiri, AllOne, InHeart, FoeHeart, Destiny, MisJ, Shahiran, wakil kumpulan NICE iaitu Izwan dan Hafiz Udu dari kumpulan Algebra.

Majlis bermula pada jam 5ptg dgn pendaftaran peserta, seterusnya ASSAUFEE membantu di segi penyediaan dan pemasangan Sound Sistem.
Persembahan Nasyid dimulakan pada pukul 8 malam sehingga jam 12.30 malam dengan hiburan2 nasyid daripada kumpulan nasyid yang tersebut di atas.

Pada keesokan harinya selepas sarapan pagi, majlis sukaneka dengan pelbagai acara menarik. Dan sebelum pulang majlis penyampaian hadiah telah diadakan.

Secara keseluruhannya majlis ini amat2 baik dijalankan, kerana ia dapat menjalinkan ukhuwwah sesama sahabat2 dan juga antara peminat nasyid dgn artis nasyid dan juga DJ Ikim.fm dan juga Dj Nasyid.fm yg turut serta menjayakan program ini..

Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini terutamanya orang2 kuat Kelab Jalinan ukhuwwah, Abi Yahya Sekeluarga, Kak Ina Sepang, Makcu, Mama Zana n Papa Jamal dan semua AJK Kelab Jalinan  Ukhuwwah yang tidak tersebuat namanya di sini. Diharapkan program seumpama ini akan diteruskan pada masa yang akan datang. Insyallah.

Berikut adalah gambar2 sekitar program tersebut, sila klik DI SINI atau DI SINI

Show ASSAUFEE @ Subang Bestari 5hb Dis 09

Salam Ukhuwwah..
ASSAUFEE telah dijemput untuk mengadakan persembahan sempena perkahwinan sahabat kami yg berlangsung di Dewan MBSA Subang Bestari pada 5hb yg lepas. Alhamdulillah, walaupun hanya bertiga, kami dapat jalankan amanah yg diberikan dengan baik. Suasana majlis sungguh meriah dengan hiburan nasyid dan persembahan Kompang oleh penduduk setempat. Persembahan ASSAUFEE bermula dari pukul 12.30 hinggalah ke pukul 3.30 ptg dengan menyanyikan lebih kurang 12 buah lagu. Antara lain yang menariknya pada kali ini, ialah menu Char Kuey Tiew dan Cendol. Alhamdulillah, segalanye berjalan lancar..

Berikut adalah gambar2 semasa majlis berlangsung.. KLIK DI SINI

Projek Zikir ASSAUFEE

Insyaallah, ASSAUFE akan terlibat dalam pembikinan zikir yang akan ditayangkan di TV seperti zikir-zikir yang ditayangkan di Astro Oasis. Sekarang ASSAUFEE dalam rangka mencari zikir-zikir yang sesuai untuk dimelodikan. Kepada semua penyokong ASSAUFEE yang ada zikir-zikir tertentu yang nak dikongsikan bersama ASSAUFEE, atau sudah mempunyai melodi yang sesuai bolehlah diemelkan kepada kami melalui assaufee@yahoo.com atau hafiz_saufee@yahoo.com . Kami akan semak dan teliti, sekiranya bersesuaian, kami akan masukkan ke dalam projek zikir tersebut. Syukran jazilan..

AsSaufee Live @ Ikim.FM 31 Okt 09

Alhamdulillah, Assaufee telah diundang ke IKIM.FM dalam rancangan SAMPAIKAN yg dikelolakan oleh DJ Kak Ani yang bermula pada jam 10 malam hingga jam 12.00am.

Turut bersama Assaufi pada malam itu ialah DJ Razak yg juga menjadi DJ jemputan Kak Ani dan Saudara Ramzul.

Suasana di konti IKIM.fm sungguh meriah pada malam itu dengan celoteh2 Kak Ani, DJ Razak dan AsSaufi sendiri dengan pelbagai topik yang diperbincangkan antaranya mengenai aktiviti assaufee, album terbaru, program2 yg bakal berlangsung dan juga produk assaufee.

Ikim.fm turut memutarkan lagu terbaru assaufee iaitu Sinar Yang Calar yang bakal dimuatkan dalam album single assaufi tidak lama lagi...

Menurut DJ Kak Ani, malam itu merupakan SMS yang paling banyak diterima melalui sistem SMS di IKIM.fm, di mana sebanyak 260 mesej dihantar oleh semua pendengar2 ikim, ada yg dihantar dari Indonesia, Singapura dan lain-lain. Di samping itu juga, panggilan -panggilan yang masuk juga sangat banyak, sehingga DJ Kak Ani tidak sempat untuk melayan semua panggilan yang masuk. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menyokong Radio Ikim.fm dan juga AsSaufi.. Kami memohon maaf kepada pengirim SMS yang tidak sempat kami baca dan juga panggilan yang tidak berjawab.

Di penghujung rancangan, assaufi sempat menyanyikan lagu Gerbang Hidayah secara akustik yang muziknya dimainkan oleh DuanSaufee.

Terima kasih kepada penerbit DJ Nik yg sudi menjemput kami... Syukran...


DJ Kak Ani

Dari kiri Ramzul, Kak Ani, Faiz & DJ Razak

Hafiz, Duan & Faiz

FaizalSaufee (pengurus AsSaufee Junior)

AsSaufee Live @ Salam.FM 30 Okt 09

Salam,
Assaufee berkesampatan menghadiri Festival Nasyid di PICC (untuk memberi sokongan kpd semua penasyid tanah air), sekalung ucapan tahniah kepada semua penasyid2 yg bertanding pada malam itu.. dan juga para penonton yg hadir, teruskan sokongan anda kepada Industri Nasyid.

Selepas itu, AsSaufee bergegas pula ke Salam.FM yg terletak di Wisma Radio RTM Angkasapuri. Tepat Jam 12 malam, AsSaufee tiba di konti Salam.FM yg berkongsi dengan Asyik.FM. Salam.FM merupakan radio terbitan JAKIM yang boleh didengari di gelombang 91.1Mhz.
Dj Salam.Fm yg bertugas pada kali ini ialah, Kak Norlida.. Terima kasih kerana sudi mengundang kami ke konti Salam.FM.

Salam.Fm juga merupakan radio yang pertama memutarkan lagu terbaru AsSaufee iaitu Sinar Yang Calar selepas ianya berkumanadang di TV1 disebelah pagi pada hari yg sama.

Pelbagai topik telah diperbincangkan bersama Assaufi, antaranya mengenai perkembangan assaufi, album, aktiviti dan lain-lain..

Selama satu jam bersama, assaufi mengundur diri pada pukul 1.00 pagi.

Terima kasih juga kepada DJ Razak yg sudi menemani kami di konti Salam.fm, tidak lupa juga kepada pendengar2 yg bersms dengan kami, Mama Zana, Umi Salina dan semua shaabat2 yang menyokong kami..


DJ Salam.FM, Kak Norlida

Konti Salam.FM berkongsi dengan Asyik.FM

Masing2 sibuk melayan sms



DuanSaufee n FaizSaufee


HafizSaufee n FaizalSaufee

AsSaufee Live @ Selamat Pagi Malaysia TV1 30 Okt 09

Salam Nasyid...

Alhamdulillah pada hari ini assaufi diundang ke RTM utk rancangan Selamat Pagi Malaysia.
Buat pertama kalinya lagu terbaru assaufee yang akan dimuatkan dalam single terbaru kami berkumandang  ke seluruh Malaysia menerusi lagu Gerbang Hidayah yang akan menjadi judul single terbaru dan juga lagu Sinar Yang Calar.

Pada sesi temubual, assaufi ditanya mengenai perkembangan terkini dan juga album terbaru serta konsep yang akan diketengahkan dalam album kali ini.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak RTM yang sudi menjemput kami. Tidak lupa juga kepada rombongan daripada Yan Kedah yang menonton kami secara live di studio dan sudi beramah mesra serta bergambar dengan kami.

Kepada semua sahabat2 assaufee dan sahabat2 KISDAR yang sentiasa menyokong kami, jutaan terima kasih diucapkan. Teruskan sokongan anda kepada usaha kami ini dalam memartabatkan Industri Nasyid Tanah Air.

Syukran atas komen-komen anda semua, insyaallah, akan diperbincangkan dan diperbaiki..

Sesi bergambar sebelum on air

Sesi temubual

Hafiz n Faizal dlm pertandingan gigi paling putih...

Bersama rombongan dari Yan Kedah

Cuba teka siapakah gerangan makhluk yg berbaju biru itu? Faizal macam biasa mintak 2 hinggit..

Persembahan di PKNS Bangi 25hb OKT 09

Pada 25hb, Ahad yg lepas, AsSaufee berada di PKNS Bangi bagi menghiburkan pengunjung kompleks tersebut. Pada kali ini, ASSAUFEE hanya bertiga, kerana anggota yang lain tidak dapat hadir atas komitmen yg tidak dapa dielakkan.

Namun begitu, sambutan daripada pengunjung amat menggalakkan.. di mana para pengunjung tidak melepaskan peluang utk menyaksikan persembahan kami dan ada yg mengambil kesempatan utk bergambar dgn kami.

Sebanyak lima buah lagu diperdengarkan kepada para pengunjung, termasuk lagu terbaru kami Sinar Yang Calar dan Gerbang Hidayah..

AsSaufee juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yg sudi menjemput kami.
Tidak lupa juga kepada sahabat setia AsSaufee, Kak Ina, Sahabat2 dari Nasyid FM, Miftah, Bytie, Nurhana yg menyambut ulangtahunnya pada 25hb Oktober dan semua yg hadir menyokong kami... syukran jazilan...


Sebelum persembahan

semasa persembahan


AsSaufee, Kak Ina & sahabat2 Nasyid FM... Thanks 4 ur support!


assaufee bersama seorang pengunjung yg hadir... seorang pegawai bank islam bangi.

Recording Lagu Gerbang Hidayah

Salam Ukhuwwah,
Alhamdulillah...Lagu Gerbang Hidayah telah berjaya dirakamkan di Studio Inteam pada 24hb yg lepas, rakaman bermula pd jam 10mlm hinggalah  jam 4.30pagi.
Pada kali ini, saudara Bob dari kump Nowseeheart yg menjaga mutu vokal kami, terima kasih diucapkan atas idea yg kreatif dlm mewarna-warnikan lagu tersebut..
Turut menemani kami, DJ Razak... terima kasih DJ Razak yg sudi menemani AsSAufee di Studio.

Lagu Gerbang Hidayah akan dimuatkan dalam album terbaru kami. Lagu ini dihasilkan oleh FaizalSaufee, manakala liriknya hasil gabungan FaizalSaufee dan Ramzul Ikbar.

Lagu ini diambil dari sebuah hadis qudsi yg menceritakan tentang pintu taubat yg sentiasa terbuka serta rahmat Allah yang Maha Luas yg sanggup menerima taubat hambaNya yg berdosa.

Lagu ini akan berkumandang buat pertama kalinya di RTM TV1 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada 30/10/09 (Jumaat)  jam 8.30 pagi,
jangan lupa saksikannya..

Dari kiri: Naz, Faiz & Faizal (komposer lagu Gerbang Hidayah)
Faizal minta RM4, Faiz pula minta RM3.. apela diorg ni asal amik gamba, nak minta dua hinggit?

Hafiz sedang mencari feel..


Saudara Bob Nowseeheart dan Amin Jururakam



Wah.. glemer tul.. DuanSaufee dgn gayanya sebagai seorang recording astis...


Persembahan ASSAUFEE Sempena Open House

Salam Nasyid...

Pada malam 17hb Okt (Sabtu) AsSaufee berada di perkarangan stadium selayang untuk mennghiburkan tetamu yang berkunjung ke open house pusat khidmat masyarakat dun templer..   sebanyak 8 lagu dipersembahkan oleh assaufi .. diselang seli dgn ucapan daripada Yang Berhormat yang dijemput khas oleh pihak penganjur dan juga dentuman bunga api oleh penduduk sekitar yang menyambut perayaan deepavali. kehadiran tetamu ke majlis tersebut amat menggalakkan sehinggakan assaufi terpaksa menjamu selera di restoran air buah gelas besar kerana telah kehabisan makanan. apa-apa pun segalanya meriah.


ASSAUFEE di perkarangan stadium selayang

Pada keesokan harinya pula iaitu pada 18hb Okt (Ahad), assaufi berada di bandar tasik puteri, untuk menjayakan program rumah terbuka anjuran penduduk setempat. selain pelbagai hidangan yang disediakan, bermacam acara diadakan.. antaranya pemberian duit raya kepada semua kanak-kanak yg berumur 12 tahun ke bawah, pertandingan mengutip sampah, di mana pemenang dan semua peserta yang bertanding memenangi hadiah berupa duit raya. pada program tersebut, assaufi mendendangkan sebanyak 5 lagu untuk tatapan para tetamu yang hadir. turut hadir, umi salina yg mewakili sahabat ikim. majlis bersurai pada pukul 12.30pm.

ASSAUFEE di central park Bandar Tasik Puteri

Pada pukul 3.00 petang hari yg sama 18hb Okt, assaufi berada di taman melewar utk menghiburkan para tetamu yg hadir ke majlis rumah terbuka yg dianjurkan oleh pas pusat. antara artis yg menjayakan program tersebut adalah, saudara Azhan Atan, penyanyi solo yang pernah menjuarai akademi nasyid. selain itu juga, para tetamu juga dihiburkan dgn persembahan dikir barat, yg menampilkan tukang karut yg hebat yang dijemput khas dari kelantan iaitu jen endoro dan juga jen KL. assaufi pula mendendangkan sebanyak 5 lagu pada majlis tersebut. alhamdulillah, sambutan daripada penonton amat meriah sekali, terutamanya persembahan dikir barat, yang kini telah berusaha utk memasukkan mesej dakwah ke dalam lagu2 mereka. alhamdulillah, suatu perubahan yg amat baik dalam usaha utk menyampaikan dakwah melalui seni. insyaallah pada masa akan datang, kumpulan nasyid dan kumpulan dikir barat akan bergabung tenaga dalam memartabatkan hiburan yang berlandaskan islam dan mendidik jiwa. kehadiran tetamu amat2 meriah sekali, sehingga terpaksa berpusing beberapa kali utk mencari tempat letak kereta.


Azhan Atan



Kumpulan Dikir Barat




ASSAUFEE

Persembahan Nasyid @ Tasik Puteri

Salam.. pada 11/10/2009 Sabtu yang lepas, assaufi telah berada di Tasik Puteri untuk menghiburkan tetamu di satu majlis perkahwinan anak sahabat kepada DuanSaufee. Pada kali ini, anggota assaufi hanya berdua iaitu Hafiz dan Duan sahaja dengan dibantu oleh saudara Aziz (Sahabat Setia AsSaufee), kerana anggota assaufi yang lain tidak dapat hadir kerana komitmen yang tidak dapat dielakkan. Bermula dari pemasangan sound sistem, proses setting sound sistem semuanya dilakukan oleh kami sendiri. Namun begitu, dengan berbekalkan semangat yang tinggi, segalanya dapat berjalan dengan lancar dan persembahan nasyid diteruskan jua demi memenuhi hasrat tuan rumah. Alhamdulillah, lebih kurang 10 buah lagu berjaya dipersembahkan dan sambutan daripada para tetamu yang hadir agak memuaskan, tidak kurang juga yang memuji persembahan kami. Namun semua itu adalah dari Allah, dan kami kembalikan kepadaNya, kerana segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang banyak kekurangan itu datangnya dari kelemahan kami sendiri. Persembahan berakhir pada jam 3.15 dengan lagu Doa Perpisahan.




Shooting @ Studio Jakim, Putrajaya Untuk Rancangan Nasyid TV 27Nov09


Alhamdulillah, ASSAUFEE telah dijemput utk menjadi tetamu dalam rancangan nasyid TV, yang disiarkan di TV2 pada setiap hari Jumaat, jam 6.00pagi dan siaran ulangan jam 2.30ptg pada hari yang sama. Shooting berlangsung pada 6/10/09 hari Rabu yang lepas yang akan disiarkan pada 27 November 09 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha nanti yang juga merupakan episod terakhir Nasyid TV untuk tahun 2009.

Penggambaran sepatutnya bermula pada pukul 9.00 pagi, namun terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan, salah seorang anggota ASSAUFEE iaitu Faiz tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan Faizal pula yang sepatutnya datang bersama Faiz terpaksa mengambil inisiatif lain utk bergegas ke studio Jakim, namun alhamdulillah, berkat usaha yang gigih, rakaman penggambaran dapat juga dijalankan dengan menggantikan sahabat kami yang juga komposer dan penulis lirik kepada lagu Sinar Yang Calar mengambil tempat Faiz.

Penggambaran bermula dengan sesi temubual berkaitan dengan pengorbanan, hari raya aidil adha dan aktiviti terkini ASSAUFEE yang dijuruacarakan oleh Siti Rohani Surani (Nani) yang juga merupakan DJ IKIM.fm dan berakhir dengan dendangan lagu Sinar Yang Calar, lagu yang bertemakan kemanusiaan. Terdapat sedikit masalah teknikal, namun segalanya berjalan lancar dan berakhir pada jam 11.50 tgh. Kepada semua peminat2 nasyid tanah air, jangan lupa saksikan rancangan Nasyid TV, Muzik Nasyid Anda, hanya di TV2..

Terima Kasih kepada penerbit Nasyid TV, En Aziz Mahmood dan semua krew yang terlibat..



Recording Lagu Sinar Yang Calar

Recording lagu Sinar Yang Calar telah berjaya dirakamkan di Quantize Studio, Kg. Pandan. Proses recording lagu Sinar Yang Calar agak mencabar juga, kerana lagu ini memerlukan feel yang terlalu tinggi dan juga kesukaran utk mencapai picth yg tinggi. Walaupun mengharungi pelbagai masalah, antaranya, pc yg selalu hang dan terdapat beberapa rangkap yang sudah dirakamkan, hilang kerana terlupa nak save. Dan terpaksa dirakamkan semula. Namun itu semua adalah lumrah, dan kesilapan teknikal tidak dapat dielakkan. Dan berkat bantuan daripada rakan2 terutamanya saudara Bob dan Sariman dari Kumpulan Nowseeheart yang menjaga mutu vokal kami, berjaya jua dirakamkan. Terima Kasih kepada semua yang terlibat.


Komposer lagu Sinar Yg Calar (Bro. Ramzul) sedang memberi penerangan...


Persembahan Nasyid di Masjid Ar Riduan Ulu Kelang

AsSaufee telah dijemput utk menghiburkan para tetamu di majlis perkahwinan yang dilangsungkan di Masjid ArRidhuan. Para tetamu dihiburkan dengan beberapa lagu2 terbaru assaufee bermula dari pukul 12.40 hingga 3.30 petang.



Bergambar dengan pengantin baru (Mohd Ridhwan & Khuzaimah)

Lagu Kota Mekah dendangan ASSAUFEE jadi tema Lambaian Kaabah di IKIM.FM

Lagu Kota Mekah yang termuat dalam album Rindu Kekasih masih lagi menjadi lagu tema untuk program Lambaian Kaabah yang disiarkan di IKIM.FM (91.5 Mhz - Lembah Klang)  setiap hari pada pukul 4.30 petang. Terima kasih IKIM.FM, kerana menyokong kami.
saksikan video klip lagu kota mekah, klik link ini;

ASSAUFEE Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua


ASSAUFEE INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PARA PEMINAT NASYID TANAH AIR. SEMOGA DIBERKATI ALLAH..


ASSAUFEE di SACC MALL, SHAH ALAM 19 Sept 2009

ASSAUFEE TELAH DIJEMPUT UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN DI RUANG LEGAR SACC MALL. SEBANYAK LIMA BUAH LAGU DIPERSEMBAHKAN IAITU, MARI BERSEMBAHYANG, SAAT BAHAGIA (LAGU RAYA), RINDU KEKASIH, KOTA MEKAH DAN NAFAS TERAKHIR. SAMBUTAN DARIPADA PENGUNJUNG YANG HADIR AMAT MENGGALAKKAN.

ASSAUFEE di Dewan Perdana Felda 18 Sept 2009

Alhamdulillah, ASSAUFEE diberi peluang utk menghiburkan para tetamu yang datang berbuka puasa di dewan perdana felda. Pada kali ini, ASSAUFEE ditemani dengan peminat setianya yang datang berbuka bersama2 ASSAUFEE iaitu Kak Ina dan Erna. Terima kasih diucapkan kerana menyokong ASSAUFEE, tanpa anda, siapalah kami... Sebanyak lima lagu telah dipersembahkan untuk pengunjung2 semua. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Malam itu merupakan malam terakhir persembahan nasyid di dewan tersebut. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan dewan perdana felda yang sudi menjemput kami ASSAUFEE.

ASSAUFEE di PKNS Bangi, SRA Nurul Iman bersama In Heart, Zaidan & Feel Heart

Assaufee telah dijemput untuk mengadakan persembahan di PKNS Bangi bagi menghiburkan pengunjung yag membeli belah di situ. Sebanyak 6 buah lagu dipersembahkan. Sempat juga beramah mesra dgn pengunjung cilik. Selepas persembahan tamat, bergegas pula ke Singgahsana Hotel, berbuka dan menyaksikan pelancaran Kembara Ilmu dan Album Seri Aidilfitri keluaran Nasyeed.com. Selepas terawih bergegas pula ke SRA Nurul Iman, Masjid AtTaqwa Selayang Baru untuk satu program "Jom Kemas" (Jom ke masjid). Antara artis nasyid yg menjayakan program tersebut ialah In Heart (produk keluaran Kademi Nasyid), Zaidan dan FeelHeart yang menjadi penganjur utk program tersebut..
Show di PKNS Bangi

Faizal n Faiz @ SRA Nurul Iman

utk lihat gambar2 sila klik link yg diberikan:  http://www.facebook.com/album.php?aid=2014626&id=1572995441&l=4ddd28d613

ASSAUFEE Berbuka di Hotel Singgahsana bersama SYIFA dan RABBANI

Alhamdulillah, AsSaufee dijemput utk berbuka puasa di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Hanya Hafiz dan Faiz sahaja yag dapat hadir. Pada malam itu, Rabbani yang menghiburkan para tetamu dengan lagu2 popular mereka. Rabbani kini seperti kumpulan2 nasyid yang lain, yg mempunyai ramai solo jika berbanding dahulu. Turut menyerikan suasana, persembahan daripada tetamu yang hadir termasuk Saudara Mazlan. Apa2 pun diucapkan terima kasih kepada Saudara Mazlan Omar yg sudi menjemput ASSAUFEE. Utk melihat gambar, klik link ini..
http://www.facebook.com/photo.php?pid=30221968&l=58f933221d&id=1572995441

Persembahan ASSAUFEE di Teratak Hijjaz 5 Sept 09

Alhamdulillah, ASSAUFEE dijemput ke Teratak Hijjaz lagi, kali ini bersama anak2 yatim dari Seri Budiman Dengkil pula. ASSAUFEE gembira dapat beramah mesra dan sembahyang terawih berjemaah bersama anak2 yatim. Turut hadir wakil dari Sahabat Ikim yg amat meminati lagu Rintihanku, alhamdulillah, ASSAUFEE tidak menghampakan permintaan beliau. Di akhir program, ASSAUFEE telah diundang utk menyampaikan cenderahati kepada anak2 yatim tersebut. Berikut adalah gambar2 yg sempat dirakamkan. Namun disebabkan pihak blogspot yg telah mengubah cara upload gambar, agak sukar sedikit utk upload gambar2 ke dalam blog. Namun anda boleh melihat gambar dgn klik di pautan yg diberikan ini... http://www.facebook.com/album.php?aid=2014004&id=1572995441&l=54b90d7ffd

Persembahan ASSAUFEE di Teratak Hijjaz 4 Sept 09

Alhamdulillah, ASSAUFEE telah diberi kepercayaan utk menghiburkan anak2 yatim dari Ukay Perdana dan Kelab Wawasan UKM. Selain ASSAUFEE, turut menjayakan persembahan pada malam itu ialah tuan rumah sendiri iaitu Kumpulan HIJJAZ dan juga kumpulan Huffaz dari UKM. Sambutan dari para hadirin amat memuaskan, sehingga ASSAUFEE terpaksa menambah beberapa lagu untuk memenuhi permintaan mereka. Tidak kurang juga para hadirin yang ingin menunjukkan bakat mereka di atas pentas.. Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua yang menyokong ASSAUFEE dan semua yang terlibat pada malam itu, semoga perjuangan nasyid terus subur di hati semua..

Utk melihat lebih banyak gambar, sila klik pautan ini: http://www.facebook.com/album.php?aid=2013874&id=1572995441&l=7e9704ac5b

Majlis berbuka puasa dan Tahlil di KUIS 25 Ogos 09

Alhamdulillah, ASSAUFEE telah dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Utara (PERMATA) Kuis utk majlis berbuka puasa bersama2 anak yatim dari Asrama Damai Kuang. Selain ASSAUFEE, UNIC juga dijemput utk memeriahkan majlis tersebut. Majlis bermula dgn ucapan daripada pihak penganjur, kemudian tahlil utk memohon supaya Allah permudahkan Mahasiswa mengahadapi Exam. Seterusnya, penyampaian cenderahati kpd tetamu yg hadir, dan penyampaian duit raya kepada anak2 yatim. Terima kasih kepada pihak PERMATA yg sudi menjemput ASSAUFEE berbuka bersama2... next time bleh panggil ASSAUFEE buat persembahan plak ye...





Persembahan ASSAUFEE di Majlis berbuka puasa di Dewan Perdana Felda 24Ogos 09

ASSAUFEE dijemput utk membuat persembahan di majlis berbuka puasa di dewan perdana felda. Thanks to Bro Zamani. Dan Thankss juga kpd D'SAJI, makanan sedap2 belaka...
----------
Dewan Perdana Felda
ASSAUFEE in action
ASSAUFEE menyampaikan lagu2 dari album Rindu Kekasih dan lagu2 terbaru




ASSAUFEE menghiburkan para tetamu
Komeng sempat menunjukkan skil silap matanya

Majlis berbuka puasa dan Tahlil di Teratak Hijjaz 23 Ogos 09

Alhamdulillah, ASSAUFEE menyertai majlis berbuka puasa dan tahlil di Teratak Hijjaz. Majlis bermula dgn tahlil yg diketuai oleh Ustaz Ariffin Hijjaz dan Ustaz Munif Ahmad Hijjaz. Ramai artis2 yg hadir pada majlis tersebut, antaranya, Rabbani, Unic, wakil Mestica, Abg Nash, Abg Bell, DJ-DJ Ikim, antaranya Ustaz Erwan, Dj Nazri dan ramai lagi.
Kemudian majlis berbuka puasa dgn menu Nasi Mandy, Koey Tiew goreng dan kuih muih. Kemudian kami bersembahyang maghrib secara berjemaah yag diimamkan oleh solo Hijjaz, saudara Munif Ahmad.

Slps solat maghrib, makan2 sambil menyaksikan persembahan dari Unic dgn lagu mereka Muhammad ya Habibi, kemudian Hijjaz dgn lagu Kau Sahabat kau Teman yg ditujukan khas buat Allahyarham Ustaz Asri. Kemudian persembahan dari Rabbani yg julung kalinya tanpa Allahyarham Ustaz Asri, yg menggantikannya ialah Zul Azman dan Asri Ubai, mereka membawakan lagu Mana Milik Kita... Tahniah Rabbani... teruskan perjuangan anda... dan Lieya Az Zahra (Artis Hijjaz Records) turut menyanyikan beberapa lagu dari albumnya. Seterusnya solat isyak dan solat terawih berjemaah. Jamuan moreh dan majlis bersurai..

Tahlil

HafizSaufee, Ipin Hijjaz dan DuanSaufee


Abg Nash, Asri Ubai dan Abg Bell

Unic dan Razin
Hijjaz

Rabbani


Lieya Az Zahra

ASSAUFEE JUNIOR (NUSANTARA)


AsSaufee Record telah melebarkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah kumpulan ASSAUFEE Junior yang diberi nama NUSANTARA. Kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR). Nusantara yang ditubuhkan pada awal tahun 2009 ini, dibimbing sepenuhnya oleh ahli ASSAUFEE, iaitu saudara Faizal yang juga merupakan tenaga pengajar Kesenian & Kebudayaan (NASYID) di kolej tersebut. Kesemua ahli Kumpulan Nusantara berkebolehan bermain alat perkusi yang mendapat bimbingan daripada HafizUdu (Algebra), Mohd Husaini (Feel Heart), cikgu Mail (Perkusi Gatra) yang merupakan pemain-pemain perkusi yang disegani di dalam arena Nasyid Malaysia. Kumpulan Nusantara yang aktif membuat persembahan di sekitar Utara Tanahair mempersembahkan nasyid secara 'live' dan diiringi muzik perkusi secara 'live'. Kebanyakan lagu yang dibawa adalah hasil ciptaan NUSANTARA sendiri. Jika anda ingin menjemput Nusantara membuat persembahan di tempat anda, boleh berhubung dengan saudara Faizal di talian 0176452270 atau email : assaufeejunior@yahoo.com. Dialu-alukan kepada anda semua untuk memberikan apa jua komen atau pandangan untuk kebaikan NUSANTARA pada masa akan datang.

Faizal ASSAUFEE
(Unit Penerbitan Album Assaufee Record)


Aktiviti ASSAUFEE di bulan Ramadhan

Berikut aktiviti terkini ASSAUFEE... (setakat ini)
23 Ogos - @ Teratak Hijjaz - Majlis Tahlil dan berbuka puasa
24 Ogos - @ Dewan Perdana Felda - Majlis berbuka puasa
25 Ogos - @ Kuis, Bangi - Majlis berbuka puasa bersama PERMATA (ASSAUFEE n UNIC)
28 Ogos - @ Teratak Hijjaz - Persembahan Majlis berbuka puasa (ASSAUFEE n HIJJAZ)
4 Spet - @ Teratak Hijjaz - Persembahan Majlis berbuka puasa (ASSAUFEE n UNIC)
17 Sept - @ Dewan Perdana Felda - Majlis berbuka puasa
18 Sept - @ Sacc Mall, Shah Alam - Majlis berbuka puasa

Majlis Tahlil utk Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim

Majlis Tahlil utk Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim akan diadakan pada 20hb Ogos 2009 hari khamis malam jumaat akan diadakan di hotel singgahsana.. semua artis nasyid (termasuk ASSAUFEE) akan berada di sana.. (Lokasi ditukarkan ke Pejabat Rabbani di Bandar Manjalara)

Manakala pada 23hb Ogos pula akan diadakan di Teratak Hijjaz (Astana Dugang) Sg. Merab Bangi. Tahlil akan diadakan pada pukul 6.00 ptg, seterusnya majlis berbuka puasa di sana. ASSAUFEE bersama rakan-rakan artis lain akan memeriahkan majlis tersebut.

Pelancaran Buffet Ramadhan 1430H @ Dewan Perdana Felda

D'SAJI Caterer telah melancarkan buffet berbuka puasa utk tahun ini, bertempat di Dewan Perdana Felda, jalan semarak Kuala Lumpur. Pada tahun ini sebanyak 88 jenis menu disediakan oleh D'SAJI. Yang paling spesialnya ialah Nasi Mandi (Resepi Dari Timur Tengah) yang disediakan sepenuhnya oleh pihak D'saji (rasanya memang sedap). Harga bagi dewasa ialah RM48 dan kanak2 separuh harga. Selain itu, D'saji juga telah membuka cawangan di Terengganu dan terbaru di Arab Saudi (Menara Sofwan). AsSaufee telah diberi kepercayaan utk menghiburkan tetamu pada hari pelancaran tersebut serta diserikan lagi dengan kumpulan Warisan Seni Budaya yang menampilkan seni muzik gambus. Majlis pelancaran disempurnkan oleh pengerusi felda Tan Sri Yusuf Noor. Insyaallah, di sepanjang Ramadhan ini, setiap malam akan dipersembahkan alunan nasyid dari kumpulan nasyid tanah air termasuk AsSaufee. Para tetamu juga boleh menunaikan solat tarawih di surau yang disediakan di situ. Jadi, jika anda masih tercari2 tempat utk berbuka puasa, ingatlah D'saji di dewan perdana felda.
Suasana di dewan perdana felda
En. Raduan bersama "peminat"nya? ada peminat ke?
Antara yg hadir semeja dgn AsSaufee
Masih sempat "peace" lg meet uncle ridhuan ni..

Faiz sibuk berhubung dgn kliennya, maklumla manager pusat kursus perkahwinan dan komeng pula sdg meninjau-ninjau kot2 ada calon sesuai... gurau je.. jgn marah komeng ye..
Gambar masa show terlupa nak suruh org 'snap'kan... tapi yg pastinya ramai jurugambar yg snap gambar assaufee semasa persembahan....

ASSAUFEE @ Forum Perdana Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

ASSAUFEE yang baru sahaja pulang dari mengadakan persembahan di sebuah sekolah agama di kuala terengganu pada 14hb Ogos, telah diundang utk mengadakan persembhan smpena aktiviti forum perdana dan malam kesenian ahlan wa sahlan ya ramadhan yang bertempat di tasik kundang pada 16hb Ogos 2009 hari ahad. assaufee mempersembahkan 2 lagu iaitu Rindu Kekasih dan Gerbang hidayah dalam pusingan pertama, kemudian disambung pula oleh penyanyi blank dari kumpulan gamma. Seterusnya digamatkan pula oleh ustaz radzi yang dahulunya popular dengan lagu utk nabila, bekas vokalis kumpulan melisa dan dimeriahkan lagi oleh renggo bekas vokalis kumpulan arrow dan yg terakhir lagu pergi tak kembali oleh assaufee sebagai menghormati dan mengingati jasa allahyaraham alfadhil ustaz asri Ibrahim. Program seterusnya sampai ke kemuncak iaitu forum perdana. Moderator forum tersebut ialah ustaz haryanto, manakala ahli panelnya ialah ustaz fauzi dan ustaz radzi bekas vokallis melisa, ustaz wan akashah, dan ustaz tarmizi dari lembaga zakat. Semoga segala bentuk persiapan rohani dan jasmani dalam menyambut kedatangan ramadhan dapat dijayakan insyaallah.. semoga allah beri kekuatan utk mengharungi segala pancaroba dan ujian dalam bulan ramadahn yg penuh keberkatan.



Assaufee


Blank, bekas vokalis kumpulan Gama
Radzi, bekas vokalis kumpulan melisa
Renggo, bekas vokalis kumpulan Arrow

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia 13 Ogos 2009




ALFATIHAH...


PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sekarang, jenazah sedang dimandikan dan dikafankan di hospital itu sebelum dibawa ke rumah arwah di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.
Balu arwah, Haliza Shahadan turut hadir ke hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.
Pada dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.
Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.
Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.
Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.
"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.
Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.
Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).
Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.
Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.
Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.
Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.
Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini. -dipetik dari MstarOnline
Jenazah Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas maghrib (malam Jumaat)

Nazrul ASSAUFEE lead Orkestra Muda Bainun - Lagu Seroja -

Sila berikan ulasan anda... komen.. jgn x komen...

ASSAUFEE akan berada di IKIM.fm sempena ulangtahun Radio IKIM

Insyaallah, ASSAUFEE akan berada di IKIM.fm bagi memeriahkan lagi sambutan ulangtahun radio IKIM.fm pada 8 Ogos, bertempat di Dewan Besar IKIM. Pelbagai aktiviti dan jualan barangan produk muslim akan berlangsung di sana. Anda semua dijemput hadir. Ramai lagi artis-artis Nasyid yg akan menghiburkan anda. Jumpa di sana!!!

Berita atau update mengenai prog ini anda boleh ikuti di blog http://hafizsaufee.blogspot.com trima kasih.

Persembahan Nasyid ASSAUFEE di Pesta FLORIA di Laman Seni PutraJaya (2 Ogos 09)

Alhamdulillah , kami diberi kesempatan untuk menghiburkan para pengunjung yang datang ke Floria Putrajaya. Beberapa lagu telah dipersembahkan kepada orang ramai, antaranya lagu Mari Bersembahyang, Junjungan Mulia, Rindu Kekasih, Kota Mekah, Dunia, Gerbang Hidayah, Rintihanku dan Nafas Terakhir. Sambutan yang diberikan oleh pengunjung amat menggalakkan dan tidak kurang juga sambutan daripada pemilik-pemilik booth di situ. Alhamdulillah, setiap ahli ASSAUFEE juga diberikan hadiah berupa sehelai baju batik daripada pemilik gerai yang berpuas hati dengan persembahan kami, terima kasih diucapkan kepada MY BATIK BERANANG yang sudi men”sponsor” baju kepada ASSAUFEE. Dan tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Perbadanan Putrajaya yang bermurah hati menjemput kami dan terima kasih juga atas cenderamata yang diberikan. -TQ Komeng-









Sedang mengalunkan lagu-lagu AsSaufee















Hadiah dari My Batik Beranang

Ingin membeli baju batik? jgn lupa beli kat My Batik Beranang


Nama pemiliknya En Zamri, tel: 0176975159 emel: mzhiq@yahoo.com









Bisnes Kad














Cenderamata dari Perbadanan Putrajaya










Sebelum Persembahan...

En Aziz / nama glamor nya Johan Miskin (adik beradik Jehan Miskin la tu konon..)
ni blog dia http://abdulazizahri.blogspot.com/






Hafiz yg kepenatan, sampai serak2 suara menyanyi











Entah ape la yg dibincangkan oleh Abg Wan, Faiz n Aziz ni

Show di Sabak Bernam (1 Ogos 2009)

Alhamdulillah, kami telah diberi kepercayaan untuk menghiburkan dan menyampaikan mesej2 yg baik buat semua pengunjung di Dataran Rakyat Sabak Bernam. Sebanyak 7 buah lagu yg kami dendangkan. Antara lagu yg dipersembahkan ialah, mari bersembahyang, rindu kekasih, kota mekah, dunia, gerbang hidayah, rintihanku dan nafas terakhir. 2 orang anggota ASSAUFEE tidak dapat hadir iaitu Naz dan Faiz. Walaubagaimanapun, kekosonagn mereka telah digantikan dengan Aziz yang tidak kurang juga hebatnya. Berikut beberapa gambar semasa persembahan. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput kami. Nak baca cerita secara detail, klik aje link ni http://hafizsaufee.blogspot.com/


Sedang menyampaikan lagu-lagu ASSAUFEE




































Sedang menuju ke tempat penginapan di HAY RESORT, Sabak Bernam







Sempat bergambar di Menara Condong

Pelakon Jehan Miskin sertai AsSaufee di pesta buku PKNS Bangi 11 Julai 2009





Jika dahulu Nabil Raja Lawak menyertai As-Saufee, kini seorang pelakon terkenal pula iaitu Jehan Miskin telah menyertai kumpulan Nasyid As-Saufee...
































SELAMAT HARI BAPA

Assalamualaikum w.r.t.

Buat yang bergelar bapa, Assaufee merakamkan ucapan Selamat Hari Bapa. Contohi Rasulullah dalam memimpin keluarga. Baginda merupakan contoh terbaik buat kita semua.

Lagu Rintihanku Memasuki Pencalonan @ Carta Nasyid IKIM.FM

Alhamdulillah, lagu Rintihanku yang dipetik daripada album Rindu Kekasih sedang memasuki pencalonan baru di Carta Nasyid IKIM.FM, kepada penyokong-penyokong dan Sahabat Saufee silalah mengundi lagu tersebut, caranya ialah taip SMS: IKIM VOTE CARTA 61 kemudian send ke 33886, setiap undian akan dikenakan bayaran sebanyak 50sen sahaja. Terima Kasih atas sokongan anda semua....

Berita Terkini! Nabil Raja Lawak 2 sertai Kumpulan Saufee!!


Biar betul... benarkah Juara Raja Lawak musim ke 2 Nabil telah menyertai sebuah kumpulan Nasyid iaitu kumpulan Saufee? jika dilihat dari raut wajah dan gayanya memang sama... sebenarnya beliau bukanlah Nabil, tetapi saudara Faizal anggota kumpulan Saufee... hehe... unbelievable? believe it!

Aktiviti Saufee (April)

26/4/2009 Siang - Show di Kuang,
26/4/2009 Malam -Show di Putrajaya

3/4/2009 (Jumaat) -9 Malam- Show / Malam Kesenian Islam @ SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak - Saufee akan berganding dengan Hafiz Udu dari kumpulan Algebra. Semua dijemput memeriahkan majlis tersebut...

SALAM MAULIDUR RASUL

ASSAUFEE mengucapkan salam Maulidur Rasul pada semua ummat Nabi Muhammad s.a.w. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda. Hayati perjuangan Baginda. Semoga menjadi tauladan dan contoh dalam kita melayari kehidupan kita.

Ya Rasulullah..
Rindu kami pada Mu
Duhai Kekasih Allah..

Rindu Kekasih..

Aktiviti Saufee (Mac)

28hb Mac 2009 - Malam- Show / Malam Kesenian Islam @ SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak (ditunda ke 3/4/2009)

--------------------------------------------------------------------------------
Gambar-gambar

14 hb mac 2009, -Malam- show @ perkarangan stadium Selayang bersama FAReAST





-------------------------------------------------------------------------------------
21 hb Mac 2009, - 11.45 am - Show @ Kuala Nerang, Kedah.
ingin mengetahui aktiviti kami di Kuala Nerang? Klik link di bawah
http://sahabatsaufee.forumotion.net/aktiviti-saufee-f3/21-hb-mac-2009-1145-am-show-kuala-nerang-kedah-t59.htm#78
--------------------------------------------------------------------------

7hb Mac 2009 - 5.30 pm - Show di Setiawangsa Sempena Untukmu Palestin

8hb Mac 2009 - 11.45 am - Show di Masjid Taman Bidara Sempena kenduri Perkahwinan

8hb Mac 2009 - Malam - Show di Masjid Nurul Ain, Kg. Delek Klang Sempena Sambutan Maulidurrasul

ingin melihat gambar, Klik link di bawah

Gambar Anak NAZRUL

Ingin melihat gambar anak Saudara Nazrul? Layari http://nazrul-sabri.blogspot.com

Khabar Gembira

Assalamualaikum w.r.t.

khabar gembira yang terkini. Alhamdulillah, salah seorang daripada anggota; Nazrul Azwan b Ahmad Sabri telah selamat dikurniakan seorang anak lelaki. Anak beliau telah selamat dilahirkan pada hari Isnin, 23/2/2009 jam 8.50 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dengan berat 2.2 kg. Khabarnya nama anak beliau di ambil dari nama sahabat nabi dan seorang ulama' islam.

Semoga, kelahiran anak beliau dapat mewarisi bakat beliau, seterusnya menyemarakkan hiburan Islam di negara kita, dan meneruskan tugas menyampaikan keindahan agama Islam kepada semua orang.

Tahniah Nazrul!

Saufee Tetamu Carta Nasyid @ IKIM.FM 23hb Jan 09

Gambar-gambar semasa di IKIM.FM
















Insyaallah pada 23hb Jan 09 (Jumaat 10.00 malam), Saufee akan menjadi tetamu carta nasyid ikim.fm, sesiapa yang ingin berinteraksi dengan Saufee, bolehlah menelefon kami di IKIM.fm pada malam tersebut. Teruskan mengundi lagu-lagu yang berada di Carta Nasyid IKIM.FM, dan lagu Saufee yang berjudul Kekasihku.















Lagu Kekasihku memasuki pencalonan baru IKIM.FM


Alhamdulillah... Pada minggu ini, atau lebih tepat lagi 9 Januari 2009, lagu Kekasihku akan dicalonkan dalam Carta Nasyid Ikim.FM. Lagu ini ciptaan sepenuhnya oleh Arin (Artist Manager Kumpulan Sixth Sense) berkisar tentang seorang hamba yang memohon taubat kepada tuhannya, dengarkan di IKIM.FM, Pilihan Utama Anda..
Untuk mengundi lagu tersebut, melalui SMS taipkan IKIM VOTE CARTA 37 hantar ke 33886. terima kasih... teruskan mengundi lagu Kekasihku... Undian anda amat berharga.. terima kasih daun keladi.. selalu-selalulah undi lagi...

Jom sertai Sahabat Saufee

Kepada semua pelawat laman web Saufee, anda dijemput utk menjadi sahabat Saufee dan berforum dgn anggota Saufee dan berkenalan dgn semua sahabat Saufee.
Sila copy link di bawah dan paste pada Internet Explorer anda..
http://sahabatsaufee.forumotion.net/
Jom kita meriahkan SahabatSaufee.. Terima Kasih..

NMI Akhir 2008



Assalamualaikum w.r.t,

NMI Akhir 2008 di PICC, Putrajaya telah berlalu. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Kami juga telah berjaya membawakan lagu Rintihanku (versi baru) dengan sebaik yang mampu secara live. Lagu Rintihanku yang dipertandingkan telah menduduki tempat ke 7 daripada 10 pencalonan. Apapun, tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.

Majlis turut diserikan dengan persembahan-persembahan semua penasyid yang tercalon ke peringkat akhir. Turut membuat persembahan adalah saudara Mawi bergandingan dengan Kumpulan Rabbani melalui lagu Saksi yang turut menjadi Johan Daurah NMI 2008.

Akhir kata, sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang telah mengundi kami.

Wassalam.



SYUKRAN!

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua peminat dan penyokong kami yang telah mengundi kami samaada dalam NMI atau Carta Nasyid IKIM sehingga melayakkan kami ke Peringkat Akhir NMI 2008 dan menduduki carta ke 4 dalam Carta Nasyid IKIM.

TERIMA KASIH!!

AS-SAUFEE DI CARTA!

NMI AKHIR

Assaufee antara yang tercalon ke NMI 2008 akhir yang kemuncaknya akan diadakan pada 29/11/2008 ini melalui lagu Rintihanku.

Untuk mengundi:

SMS: Taip JNMI UNDI AS154 hantar ke 32728
E-MAIL: Subject: JNMI Content: AS154 emel ke: nmi@islam.gov.my

CARTA NASYID IKIM (musim baru)

Assaufee melalui lagu Rindu Kekasih telah tercalon memasuki carta nasyid ikim. Kini menduduki tempat ke 14.

Cara mengundi:

Taip IKIM VOTE CARTA 10 hantar ke 33886

NMI 2008 Akhir!

Assalamualaikum w.r.t.

Khabaran terkini buat semua peminat AS-SAUFEE. Alhamdulillah kami telah layak ke Peringkat Akhir NMI 2008 melalui klip video Rintihanku. Terima Kasih kepada mereka yang telah mengundi kami. Teruskan mengundi kami.

Bagi mereka yang tidak mengetahui cara mengundi, berikut adalah cara-cara mengundi :

SMS : Taip JNMI UNDI AS154 dan hantar ke 32728

Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kepada semua pengunjung laman ini, kami ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Semoga Aidilfitri pada tahun ini diraikan dengan penuh kesyukuran. Dalam kita bergembira, jangan dilupa pada mereka yang tiada dan berduka. Semoga anda semua selamat sampai ke destinasi.

Saksikan klip video raya kami di RTM 1 pada malam raya, jam 9.30 malam, dalam rancangan Gema Takbir.

Perkembangan Terkini

Assalamualaikum w.r.t.
Kami baru sahaja merakamkan sebuah lagu baru berkaitan tentang Raya Aidilfitri. Pada hari Selasa, 9/8/2008 ini pula kami akan ke Restoran D'Villa untuk menjalani rakaman Klip Video lagu tersebut. Lagu yang berjudul Saat Bahagia ini ditulis liriknya oleh sahabat kami, Saudara Ramzul. Susunan muzik dibuat oleh Saudara Burn (Quantize Studio) manakala lagu oleh Saudara Ramzul sendiri dan Saudara Fakhrul (Faiz). InsyaAllah klip video ini akan ditayangkan di RTM pada hari raya ini. Nantikan tayangannya!

SELAMAT BERPUASA

Assaufee ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita mengisi bulan ini dengan amalan dan kita memperoleh rahmat dan barakah daripadanya.

Disamping itu, jangan lupa terus mengundi Assaufi di NMI untuk Carta NMI dan Juara NMI. Semoga kita terus memartabatkan dan memperjuangkan irama nasyid di persada seni tanah air, seterusnya memberikan hiburan alternatif yang lebih baik kepada masyarakat Malaysia.

Undi NMI : Taip NMI AS154 hantar ke 32728 (DAPAT)
Undi JNMI : Taup JNMI AS154 hantar ke 32728 (DAPAT)

Terima Kasih.

NMI

V-Klip Rintihanku yang ditayangkan di NMI, kini berada di kedudukan no 1 selama 2 minggu berturut-turut. Terima kasih kerana mengundi kami. Teruskan mengundi!!

V-Klip terbaru!

Saksikan v-klip terbaru saufee (assaufee) di NMI, ahad ini, 11/5 hanya di TV1. Semoga ianya dapat mengubati rindu peminat saufee.

Jangan lupa tengok ya!

Lagu : Rintihanku
Album : Rindu Kekasih
Lokasi : Hutan Simpan Komanwelth, Rawang.

Walimatul Urus

Pada 31/5 ini, insyaAllah saufee akan berada di Penang dan pada 1/6 pula akan berada di Taiping, Perak bagi meraikan majlis walimatul urus anggota saufee; Nazrul Azwan yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihan.

Tahniah buat nazrul. Mari bersama kita doakan kebahagian beliau.

Video Klip Rintihanku

Assalamualaikum..

Pada mereka yang menantikan kemunculan video klip terbaru saufee, tayangannya di NMI!

Rancangan Khas Maulidur Rasul: Marhaban di RTM1

TV1 20 MAC 12 pm

BERSEMPENA dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, RTM tidak mahu ketinggalan mengajak semua penonton setia RTM1 bersama-sama berhibur dengan alunan marhaban yang indah dan membuai rasa.

Para penonton akan didedahkan dengan empat jenis tarannum antaranya tarannum Bayati, Nahwan, Rast dan Hijjaz.

Antara kumpulan nasyid yang menjayakan program Marhaban ini ialah kumpulan Far East, Assaufee dan Dmen'C, manakala persembahan Marhaban akan dipimpin oleh Ustaz Mohamad Rozie Mohd Rejab dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Azwan Ibrahim dari kumpulan Far East dan Yusazrin Kasiron dari kumpulan Dmen'C.

Rakaman program khas Maulidur Rasul Marhaban ini dibuat di Rumah Tengku Bongsu Taman Warisan Teknologi Alam Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor

Bakal muncul dengan album terbaru!

Assalamualaikum semua peminat assaufee. InsyaAllah, kini assaufee dalam rangka merakamkan album terbaru kami. Album ini juga masih di terbitkan oleh kami sendiri di bawah syarikat kami iaitu Assaufee Record Sdn. Bhd. Album yang bakal diterbitkan ini memuatkan 8 buah lagu termasuk satu lagu bonus bagi format cd. Album kali ini mendapat sentuhan muzik daripada saudara Mohar (Mohram), Eddie Marzuki dan Sya'rani (Hush Entertainment). Antara lagu yang bakal dimuatkan ialah lagu Nafas Terakhir yang sering kami nyanyikan di setiap persembahan kami. Doakan semoga album kali ini berjaya di hasilkan.

Selamat Datang ke Blog Assaufee





..ASSAUFEE RECORDS..
AsSaufee membawa maksud kejernihan, sesuai dengan motto kumpulan AsSaufee ialah untuk menjernihkan suasana hiburan tanah air dengan hiburan alternatif yang berlandaskan Islam, serta memeriahkan lagi industri nasyid tanah air. Kumpulan AsSaufee ditubuhkan pada tahun 2001 di bawah naungan Rumpun Records. Di awal penubuhannya, kumpulan ini dianggotai seramai 6 orang ahli. Pernah melahirkan sebuah album pada tahun 2002 yang berjudul keinsafan. Antara lagu-lagu dari album tersebut yang sering bermain dicorong radio ikim.fm dan RTM1 ialah Dustur Ilahi & Keinsafan. Sering mendapat jemputan membuat persembahan di sekitar semenanjung Malaysia, terutamanya sekitar Lembah Kelang. Kini AsSaufee dianggotai seramai 5 orang iaitu Ahmad Radzuan, Hafiz, Fakhrul Idzhan, Nazrul Azwan dan Mohd Faizal. Kini AsSaufee telah mengorak langkah dengan menubuhkan syarikat berdaftar, AsSaufee Records, dan telah berada di pasaran sejak Mei 2007, merupakan album pertama di bawah naungan AsSaufee Records.