Salam Nasyid...
Alhamdulillah pada hari ini assaufi diundang ke RTM utk rancangan Selamat Pagi Malaysia.
Buat pertama kalinya lagu terbaru assaufee yang akan dimuatkan dalam single terbaru kami berkumandang ke seluruh Malaysia menerusi lagu Gerbang Hidayah yang akan menjadi judul single terbaru dan juga lagu Sinar Yang Calar.
Pada sesi temubual, assaufi ditanya mengenai perkembangan terkini dan juga album terbaru serta konsep yang akan diketengahkan dalam album kali ini.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak RTM yang sudi menjemput kami. Tidak lupa juga kepada rombongan daripada Yan Kedah yang menonton kami secara live di studio dan sudi beramah mesra serta bergambar dengan kami.
Kepada semua sahabat2 assaufee dan sahabat2 KISDAR yang sentiasa menyokong kami, jutaan terima kasih diucapkan. Teruskan sokongan anda kepada usaha kami ini dalam memartabatkan Industri Nasyid Tanah Air.
Syukran atas komen-komen anda semua, insyaallah, akan diperbincangkan dan diperbaiki..
Sesi bergambar sebelum on air
Sesi temubual
Hafiz n Faizal dlm pertandingan gigi paling putih...
Bersama rombongan dari Yan Kedah
Cuba teka siapakah gerangan makhluk yg berbaju biru itu? Faizal macam biasa mintak 2 hinggit..





0 Responses to "AsSaufee Live @ Selamat Pagi Malaysia TV1 30 Okt 09"
Post a Comment