Alhamdulillah, ASSAUFEE telah dijemput utk menjadi tetamu dalam rancangan nasyid TV, yang disiarkan di TV2 pada setiap hari Jumaat, jam 6.00pagi dan siaran ulangan jam 2.30ptg pada hari yang sama. Shooting berlangsung pada 6/10/09 hari Rabu yang lepas yang akan disiarkan pada 27 November 09 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha nanti yang juga merupakan episod terakhir Nasyid TV untuk tahun 2009.
Penggambaran sepatutnya bermula pada pukul 9.00 pagi, namun terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan, salah seorang anggota ASSAUFEE iaitu Faiz tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan Faizal pula yang sepatutnya datang bersama Faiz terpaksa mengambil inisiatif lain utk bergegas ke studio Jakim, namun alhamdulillah, berkat usaha yang gigih, rakaman penggambaran dapat juga dijalankan dengan menggantikan sahabat kami yang juga komposer dan penulis lirik kepada lagu Sinar Yang Calar mengambil tempat Faiz.
Penggambaran bermula dengan sesi temubual berkaitan dengan pengorbanan, hari raya aidil adha dan aktiviti terkini ASSAUFEE yang dijuruacarakan oleh Siti Rohani Surani (Nani) yang juga merupakan DJ IKIM.fm dan berakhir dengan dendangan lagu Sinar Yang Calar, lagu yang bertemakan kemanusiaan. Terdapat sedikit masalah teknikal, namun segalanya berjalan lancar dan berakhir pada jam 11.50 tgh. Kepada semua peminat2 nasyid tanah air, jangan lupa saksikan rancangan Nasyid TV, Muzik Nasyid Anda, hanya di TV2..






0 Responses to "Shooting @ Studio Jakim, Putrajaya Untuk Rancangan Nasyid TV 27Nov09"
Post a Comment