Alhamdulillah, Assaufee telah diundang ke IKIM.FM dalam rancangan SAMPAIKAN yg dikelolakan oleh DJ Kak Ani yang bermula pada jam 10 malam hingga jam 12.00am.
Turut bersama Assaufi pada malam itu ialah DJ Razak yg juga menjadi DJ jemputan Kak Ani dan Saudara Ramzul.
Suasana di konti IKIM.fm sungguh meriah pada malam itu dengan celoteh2 Kak Ani, DJ Razak dan AsSaufi sendiri dengan pelbagai topik yang diperbincangkan antaranya mengenai aktiviti assaufee, album terbaru, program2 yg bakal berlangsung dan juga produk assaufee.
Ikim.fm turut memutarkan lagu terbaru assaufee iaitu Sinar Yang Calar yang bakal dimuatkan dalam album single assaufi tidak lama lagi...
Menurut DJ Kak Ani, malam itu merupakan SMS yang paling banyak diterima melalui sistem SMS di IKIM.fm, di mana sebanyak 260 mesej dihantar oleh semua pendengar2 ikim, ada yg dihantar dari Indonesia, Singapura dan lain-lain. Di samping itu juga, panggilan -panggilan yang masuk juga sangat banyak, sehingga DJ Kak Ani tidak sempat untuk melayan semua panggilan yang masuk. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menyokong Radio Ikim.fm dan juga AsSaufi.. Kami memohon maaf kepada pengirim SMS yang tidak sempat kami baca dan juga panggilan yang tidak berjawab.
Di penghujung rancangan, assaufi sempat menyanyikan lagu Gerbang Hidayah secara akustik yang muziknya dimainkan oleh DuanSaufee.
Terima kasih kepada penerbit DJ Nik yg sudi menjemput kami... Syukran...
AsSaufee Live @ Ikim.FM 31 Okt 09
Posted by ASSAUFEE
DJ Kak Ani
Dari kiri Ramzul, Kak Ani, Faiz & DJ Razak
Hafiz, Duan & Faiz
FaizalSaufee (pengurus AsSaufee Junior)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









2 Responses to "AsSaufee Live @ Ikim.FM 31 Okt 09"
uiks... assaufee masuk radio.. hehee
mmg masuk pun..tankz coz sudi nk dgr..moga2 assaufee semakin bertambah peminat..saksikan kami di tv 1 n tv2 sempena slot raya haji..
Post a Comment