Recording lagu Nafas Terakhir telah berjaya dirakamkan di Quantize Studio, Kg. Pandan. Proses recording lagu mengambil masa yang agak lama juga iaitu bermula jam 12 malam dan berakhir pada pukul 6 pagi. Terima kasih kepada semua anggota AsSaufee, saudara Bob Nowseeheart dan sahabatnya yang menjaga mutu vokal kami, dan Saudara Ramzul (Penulis Lirik). Terima Kasih kepada semua yang terlibat.
AsSaufee & Nazrey Johani @ Kundang Jaya, Rawang (26/12/09)
SALAM UKHUWWAH.... Alhamdulillah, pada 26/12/09 AsSaufee & Nazrey Johani telah mengadakan persembahan di Surau Siddiqin, Taman Kundang Jaya sempena Program Jom Ke Surau yang dianjurkan oleh persatuan penduduk dan AJK Surau tersebut. Pelbagai aktiviti yang berlangsung di sana termasuk jualan pelbagai barang dan produk. Alhamdulillah, sambutan daripada para hadirin amat memuaskan.
AsSaufee, FarEast, Nazrey Johani & Rabbani @ Stadium Kajang (25 Dis 09)
SALAM UKHUWWAH.... Alhamdulillah, pada 25/12/09 AsSaufee, FarEast, Nazrey Johani & Rabbani telah mengadakan persembahan di Stadium Kajang sempena Karnival Jom Halal yang diadakan sepanjang 7 hari. Pelbagai aktiviti yang berlangsung di sana termasuk pelbagai barang dan produk halal boleh didapati di sana. Alhamdulillah, sambutan daripada para hadirin amat memuaskan. Untuk melihat gambar2 sekitar program klik di SINI
AsSaufee @ KISDAR Kuala Kangsar bersama Azhan Atan, Nusantara (AsSAufeeJunior) & Hijau
Alhamdulillah pada 17/12/09 AsSaufee, Azhan Atan, Nusantara (AsSAufeeJunior) & Hijau telah mengadakan persembahan di KISDAR Kuala Kangsar sempena konsert AMAL yang dianjurkan oleh pihak KISDAR yang bertujuan untuk mengisi tabung amal kebajikan pihak KISDAR. Alhamdulillah, sambutan daripada para hadirin amat memuaskan. Untuk melihat gambar2 sekitar program klik di SINI
ASSAUFEE membantu mencari dana pembinaan Kompleks Pengajian Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau Sabah
PERSEMBAHAN ASSAUFEE SEMPENA DINNER DI KAJANG & SESI RAKAMAN BERSAMA NASYID.FM
ALHAMDULILLAH, ASSAUFEE TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN SEMPENA MASJLIS MAKAN MALAM YANG BERTEMPAT DI DEWAN MPKj KAJANG PADA 14HB DIS 09.
PROGRAM BERMULA PADA JAM 8 MALAM DENGAN KEHADIRAN TETAMU-TETAMU JEMPUTAN DAN PIHAK PENGANJUR SERTA PENDUDUK SETEMPAT.
TETAMU DIHIBURKAN DENGAN PERSEMBAHAN NASYID SEBAGAI HIBURAN KETIKA MENJAMU SELERA. SEBANYAK ENAM BUAH LAGU TELAH DIPERSEMBAHKAN, ANTARANYA RINDU KEKASIH, KOTA MEKAH DAN LAGU-LAGU YANG TERBARU DARIPADA ASSAUFEE YANG BAKAL DIMUATKAN DALAM ALBUM BERIKUTNYA.
TERNYATA PARA TETAMU YANG HADIR SANGAT BERPUAS HATI DENGAN PERSEMBAHAN ASSAUFEE DAN TEPUKAN YANG GEMURUH DIBERIKAN KEPADA ASSAUFEE SEBAIK TAMAT PERSEMBAHAN PADA JAM 10 MALAM.
PADA JAM 10.30 MALAM, ASSAUFEE MENGUNDUR DIRI UNTUK SATU SESI RAKAMAN BERSAMA NASYID.FM.
RAKAMAN BERSAMA NASYID.FM ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMENUHI RANCANGAN BERSAMA ARTIS NASYID YANG DISIARKAN PADA SETIAP HARI KHAMIS. PELBAGAI SOALAN TELAH DIAJUKAN KEPADA ASSAUFEE BERKAITAN DENGAN ASAL USUL ASSAUFEE, BIODATA AHLI, AKTIVITI TERKINI, PENERIMAAN KELUARGA TERHADAP ASSAUFEE DAN DI AKHIR RANCANGAN ASSAUFEE TELAH DIMINTA UNTUK MENYANYIKAN LAGU SECARA LIVE.
ALHAMDULILLAH SEGALANYA BERJALAN LANCAR. ASSAUFEE INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR PROGRAM MAKAN MALAM DAN PIHAK NASYID.FM YANG SUDI MENJEMPUT ASSAUFEE TERUTAMANYA DJ QAIYUM, DJ MOHAMAD DAN DJ FIRA ZAFIRA.
SEMOGA KEHADIRAN ASSAUFEE DAPAT MEMERIAHKAN LAGI INDUSTRI NASYID TANAH AIR DENGAN HIBURAN YANG BERMANFAAT DALAM USAHA MENDIDIK MASYARAKAT KE ARAH KEBAIKAN.
UNTUK MELIHAT GAMBAR PERSEMBAHAN ASSAUFEE SILA KLIK DI SINI
Program Hari Keluarga Kelab Jalinan Ukhuwwah IKIM.fm 5 & 6hb Dis 09
Alhamdulillah, ASSAUFEE telah berkesempatan untuk bersama-sama menjayakan program hari keluarga sahabat2 ikim.fm yang bertempat di Bagan Lalang Beach Resorts yang berlangsung pada 5 & 6 hb Disember 09 yg lalu.. Pada kali ini, ASSAUFEE bertanggungjawab dalam penyediaan Sound System untuk program tersebut.
Alhamdulillah, sambutan daripada sahabat2 amat menggalakkan, di mana lebih 90 orang ahli telah menyertai program tersebut, dan sebanyak 6 kumpulan nasyid terlibat dalam program tersebut, antaranya ASSAUFEE sendiri, AllOne, InHeart, FoeHeart, Destiny, MisJ, Shahiran, wakil kumpulan NICE iaitu Izwan dan Hafiz Udu dari kumpulan Algebra.
Majlis bermula pada jam 5ptg dgn pendaftaran peserta, seterusnya ASSAUFEE membantu di segi penyediaan dan pemasangan Sound Sistem.
Persembahan Nasyid dimulakan pada pukul 8 malam sehingga jam 12.30 malam dengan hiburan2 nasyid daripada kumpulan nasyid yang tersebut di atas.
Pada keesokan harinya selepas sarapan pagi, majlis sukaneka dengan pelbagai acara menarik. Dan sebelum pulang majlis penyampaian hadiah telah diadakan.
Secara keseluruhannya majlis ini amat2 baik dijalankan, kerana ia dapat menjalinkan ukhuwwah sesama sahabat2 dan juga antara peminat nasyid dgn artis nasyid dan juga DJ Ikim.fm dan juga Dj Nasyid.fm yg turut serta menjayakan program ini..
Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini terutamanya orang2 kuat Kelab Jalinan ukhuwwah, Abi Yahya Sekeluarga, Kak Ina Sepang, Makcu, Mama Zana n Papa Jamal dan semua AJK Kelab Jalinan Ukhuwwah yang tidak tersebuat namanya di sini. Diharapkan program seumpama ini akan diteruskan pada masa yang akan datang. Insyallah.
Berikut adalah gambar2 sekitar program tersebut, sila klik DI SINI atau DI SINI
Show ASSAUFEE @ Subang Bestari 5hb Dis 09
Salam Ukhuwwah..
ASSAUFEE telah dijemput untuk mengadakan persembahan sempena perkahwinan sahabat kami yg berlangsung di Dewan MBSA Subang Bestari pada 5hb yg lepas. Alhamdulillah, walaupun hanya bertiga, kami dapat jalankan amanah yg diberikan dengan baik. Suasana majlis sungguh meriah dengan hiburan nasyid dan persembahan Kompang oleh penduduk setempat. Persembahan ASSAUFEE bermula dari pukul 12.30 hinggalah ke pukul 3.30 ptg dengan menyanyikan lebih kurang 12 buah lagu. Antara lain yang menariknya pada kali ini, ialah menu Char Kuey Tiew dan Cendol. Alhamdulillah, segalanye berjalan lancar..
Berikut adalah gambar2 semasa majlis berlangsung.. KLIK DI SINI






